22 Ogo 2017

Filled Under:

SHELLOUT Restoran Wadi AR-Raudhah

Share
'Shellout' merupakan menu utama makan malam di Restoran Wadi Ar-Raudhah yang menjadi fenomena dan mendapat permintaan tinggi oleh pelanggan kami tak kira peringkat usia. Shellout kami merupakan menu yang sangat disukai oleh pelanggan kami yang menggemarkan seafood dan hidangan ini kami sediakan secara eksklusif kerana terdapat pelbagai jenis makanan laut dan sayuran yang kami sertakan di dalam menu Shellout ini.

Konsep hidangan makanan laut ini kami sediakan dengan cara masakan sambal, iaitu gabungan Ketam, Udang, Pepahat, Kupang, Lala, Carrot, Brocoli, Wedges dan 2 set Nasi Putih yang mana kami akan melambakkan hidangan Shellout ini di atas kertas parchment yang berwarna putih.

Hidangan Shellout masakan sambal kami mempunyai citarasa dan aroma yang berlainan daripada pengusaha lain yang merupakan trademark Shellout Wadi Ar-Raudhah dan menjadi kegemaran pelanggan kami yang membuatkan kebanyakan pelanggan datang menikmati hidangan Shellout berulang kali.

Hidangan Shellout ini sesuai dinikmati oleh keluarga, secara berkumpulan mahupun datang makan bersama rakan taulan kerana harga dan jumlah isi lauk nya yang berpatutan.

Disini kami kongsikan beberapa gambar Shellout dari kami dan juga pelanggan yang pernah bertandang ke Restoran Wadi Ar-Raudhah:-








Bagi mereka penggemar Seafood ataupun pelanggan yang mahu meraikan seseorang seperti menyambut Hari Jadi, Anniversary atau sebagainya adalah sangat sesuai menjadikan menu Shellout sebagai makanan utama pada hari tersebut.

"HARGA hanya RM60 sesuai untuk 2-3 orang makan"

Waktu operasi menu Shellout adalah sama seperti menu Buffet Steamboat Grill iaitu:-

Setiap Hari Selasa hingga Ahad (Isnin cuti)
Bermula jam 5.30 Petang sampai 11.30 Malam

Lokasi Restoran Wadi Ar-Raudhah:-

No. 1-2, Jalan Seri Rahang 1, Seremban, Negeri Sembilan
Peta: https://goo.gl/maps/s9V2STtEFb22

Tempahan meja, sila hubungi:-

019-3508426
012-9626467