Tentang Kami

Logo Rasmi Restoran Wadi Ar-Raudhah

Restoran Wadi Ar-Raudhah telah beroperasi lebih 10 tahun dimana telah diasaskan pada tahun 1998, Wadi Ar-Raudhah memulakan operasi awalnya di Jalan Tuanku Antah, Seremban. Pada 13 Februari 2008, Restoran Wadi Ar-Raudhah telah berpindah premis ke Jalan Seri Rahang 1, Taman Seri Rahang Seremban bagi menampung pertambahan pelanggan.

Restoran Wadi Ar-Raudhah memperkenalkan konsep Masakan Kampong dan menyajikan lebih 50 jenis lauk. Selain itu Restoran Wadi Ar-Raudhah menyediakan tempat ruang makan atau dewan makan mini yang boleh memuatkan 80 sehingga 100 orang dalam suatu masa dan turut menyediakan Sistem Audio bagi pelanggan yang ingin mengadakan jamuan atau majlis-majlis tertentu. Kebiasaannya ruangan ini ditempah oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta untuk mengadakan jamuan.

Pada bulan Ramadhan Restoran Wadi Ar-Raudhah akan membuat buffet dengan menyajikan lebih 100 jenis lauk dan 50 jenis kuih. Selain perkhidmatan buffet, Restoran Wadi Ar-Raudhah juga menyediakan perkhidmatan katering bagi majlis perkahwinan, persidangan, dan bermacam lagi. Restoran Wadi Ar-Raudhah juga pernah menyediakan perkhidmatan katering di Putrajaya Convention Centre, Putrajaya bagi majlis- majlis tertentu.

Misi dan matlamat Wadi Ar-Raudhah adalah sentiasa meningkatkan hasil mutu dan kualiti dari segi perkhidmatan terhadap pelanggan, menjadikan Wadi Ar-Raudhah sebagai Restoran dan katering yang dikenali sebagai penyedia makanan Masakan Kampong yang bercirikan Masakan Negeri Sembilan yang terkenal dan berdaya saing serta mengekalkan ciri citarasa Masakan Negeri Sembilan bagi setiap masakan yang dihasilkan.

*Download profil syarikat Wadi Ar-Raudhah Sdn Bhd